Friday, July 17, 2009

SILA MENGUCAP PANJANG.

Sila mengucap panjang baca entry ni.

Kawan baik saya, ZZZ, dia sangat baik dan sangat patuh. Belajar pun pandai. Tapi tertekan dengan kerenah mak dia. Kitorang sekolah sama dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Habis SPM masing-masing apply masuk MMU, sebelum result enrolment dapat, kitorang dapat offer form6. Bila result enrolment keluar, both of us dapat MMU, tapi mak dia suruh continue dengan form6. Dengar cakap mak dia pun ikut je walau x suka. Bila dah berkawan, dan ada boyfriend, standard la main cinta-cinta, lepas tu bila stress rasa nak telan ubat, bunuh diri. Nyawa masih panjang, sempat bawa ke hospital dan pam keluar ubat. Sedar-sedar, mak dia cakap, "I know you are pregnant". Padahal time tu dia masih suci. Bayangkan dia cuma nak perhatian tapi kena keji macam tu. Siapa yang tak terasa. Sayu dengan cerita dia time tu.

Bila dah jadi macam tu, terus dia pindah ke negeri S untuk duduk dengan auntie dia, bagi dia tak ada guna duduk rumah kat BB kalau mak dia dah tak sayang dia. Kalau tengok keadaan dia, secara zahir sangatlah lengkap, batiniah, tak seorang pun mengerti. Mak dan ayah dia walaupun status mereka masih suami dan isteri, tapi mereka jarang bersua muka. Anak-anak seperti kehilangan induk tempat mereka bergantung, makanya, ZZZ sebagai yang sulung mengambil alih tugas sebagai ibu dan bapa, lepas habis sekolah masak untuk adik-adik. Ya Allah, aku pun tak sanggup buat macam tu, dengan nak hadap ulangkaji sekolah lagi. Penat tau.

Ok, back tu pindah ke negeri S, dia pun rasa macam secure duduk sana. Lama-kelamaan macam hanyut. Makcik duduk kat sana tak kisah, siap ajar dress up jadi anggun, pakai heels, handbag dan mekap bagai. Duduk kat sana pun bela jugak anjing beberapa ekor. Tak pasti status akidah dia, diamkan saja.

Jadi ada this one time, dia ajak jumpa di sebuah restoran makanan segera, jadi jumpalah dia. Kebetulan diri tengah dilanda masalah peribadi. Dekat dia la aku mengadu nasib. Tak nafikan dia seorang kawan yang baik. Lepas mengadu sayu, kami bercerita pula tentang masing-masing setelah 2-3tahun x jumpa. Dia kata dia ada boyfriend mat saleh, seorang pemuzik dari negara K. bercinta melalui internet, akhirnya dia di lamar. Aku sentap, mat saleh tu siap kirim duit ke ape tah cari cincin tunang, and tak sampai berapa lama aku dengan dia dah fly ke negara K. Dia dah ada dengan mat saleh tu.

Berapa lama lepas tu, dia pregnant. Belum kahwin, masa nak dekat due date, diorang nikah, freestyle, tak tanya agama masing-masing, jadi proses kahwin mudah, dan kelihatan sangat enteng. Tak pasti apa yang bermain di fikiran dia. Aku jauh sangat kat bumi Malaysia, mana mungkin mampu nak tarik dia kembali. Dia kata semua lancar and whatever lah. Sampat pregnant 2nd child, and anak dia yang nombor dua sekarang dah almost 6 bulan kut.

Lama tak bual dengan dia, sebab dengarnya dia sibuk pindah rumah. Tiba-tiba dia PM, dia cakap nak bagitahu something, found the light, the answers to my questions, I came to christ, my life is all His and I asked are u converting and she answered done that, oh boy, u won't believe everything that i had experienced since coming to Him...the love n peace...beautiful! ada banyak lagi dia argue tapi dah berpinar bijik mata aku nak membaca. Ya ALLAH, kawan baik aku dah KRISTIAN!!!

Kita perlukan doa semua, supaya hati dia terbuka luas untuk terima hidayah dari ALLAH S.W.T. .

Monday, July 6, 2009

LAMANYAAA....

Like ohemgee, lama tak masuk blogging, sampai dah berhabuk dah!
Almaklumlah, lepas final haritu terus fly ke UK. Spend almost 2 minggu and balik sini je, dua-tiga hari lepas tu buat BBQ, lepas tu start kelas. Bila dah start kelas, faham-fahamlah dengan nak registernya, dengan masalah kat FOM semua-semua lah komplit. and insyaAllah this is going to be my final trimester kat MMU. Rasa macam forever je belajar kat sini, tapi best pe?

Anyway, rasa macam nak cont engagement part 2 tapi relax2 dulu..hahaha, bukan pe internet lately lembs cam kura-kura. TMNET jadi TMNUT lah. Hahaha. Entry ni kira macam entry warming up panaskan enjin nak cari mood berblogging. Hehe.

Ciao for now baybee!

Monday, May 25, 2009

I wanna wanna wannnaaa...

I so wanna continue with the engagement part II, but due to time constrain, final exams......x dapek la nak blog blog nehh. Aduiiiyaiii. Sabar..sabar...two more to go, then I'll be done.

Berdoa je la agar boleh update blog kat UK nanti, because a day right after my last paper, me and my family will be off to London baybee for holiday. Sambil sambil jalan boleh survey anything niceeee for the wedding..theee hee..

Maksu don't miss me so much k? I miss u too, and adik-adik:D

Monday, May 18, 2009

Engagement Part I

So, this is the engagement entry.
That 6th December 2008 morning, saudara-mara jauh dan dekat ramai-ramai datang untuk meraikan Kaklong punya majlis. Orang ramai dah datang, tapi saya belum bersiap (cheh..bajet saya pulak yang bertunang..har har). Alasan orang dah datang tapi saya tak siap-siap lagi sebab tengah sibuk buat triffle, last minute buat woh! Kelam kelibut!
Anyway, ayah dah siap-siap setting camera. Kami tak hire photog memandangkan men in our family (read:ayah, Shujak, Apit) have DSLR each and they took good photos so why bother spending money on photog. Even Tokyah saya pun ada serious compact. Dan semua yang hadir kebanyakan bawa camera. So da habis majlis, keluarkan laptop dan passport WD, terus copy dan save gambar, kalau kabur edit. Senang je kan? :P Dan hasilnya dapat banyak-banyak-banyak gila gambar kan.

Sementara tunggu pihak lelaki sampai, kami buatlah last minute touchup. Lihat gambar bawah, ayah sibuk setup his toy (read:camera favourite!!)


Dalam sibuk-sibuk setup camera with the tripod, tiba-tiba datang si kenit Zalia Raihana (tak tahu exact spelling, tapi kalau sebut betul lah tu. She is my father's cousin's daughter, kiranya my second cousin lah!) Dia pun nak ambil gambar jugakk!! Tapi yang kelakar sangat, dia ambil gambar pakai tripod! hahahahahahhahah




Sepatutnya sini ada gambar gossip girls, tapi rasanya tak payah lah letak. Nanti keluar akhbar harian metro pula. Hahhahahhahhaha.
Next, inilah gambar Tokyah saya yang sedang mengambil gambar. Sangat banyak camera sampai gambar Tokyah yang sedang ambil gambar pun ada. Look, Tokyah's toy. His serious compact.:D



Dan, jika rujuk entry pre-engagement tentang centrepiece meja, inilah dia. For me, sangat simple dan classy. Not too exagerate for an engagement ceremony. Love the baby breath.

Cukup bercerita tentang apa yang sedang berlaku di hall dan halaman rumah.
Masuk dalam bilik pula. Kaklong sedang bersiap-siap disolekkan oleh Abang Don.
Hair-do.

Mama is helping out Kaklong to put on her brooch.
(Apesal muka cam tak reti senyum neh?)


Final touch from Abang Don.


Putting on ear rings, kutt? Takkan korek telinga dah pakai baju santek-santek neh!hakhak!!



Maktok helping Kaklong putting on more accesories :D

More pictures in Part II.


Wednesday, May 13, 2009

Playing with new toy on the lappie:D

Just downloaded a new software, and software itu menjadikan saya sangat teruja, lalu berplay around dengannya maka jadilah......................banner di atas..hahahaha!

From time to time, banner akan di tukar ikut mood.

Mood sekarang adalah mood bubbly bear, so jadilah banner kat atas.

And, sekarang susah nak blog tentang engagement part II sebab internet connection sak! Cuma boleh pakai software dan buat banner dan upload it sahaja. Untuk upload gambar tunang asik ada trouble.

Jadi esok saja.

Monday, May 11, 2009

Pre-Engagement

As promiseddd...
Kaklong's Engagement, theme chosen was pale green, pale yellow and off-white. Something like the combination of these flowers :D


When I got back from Cyberjaya, orang-orang pasang khemah ada dah sibuk-sibuk memasang khemah.



View dari hall, candid mereka bertungkus lumus mendirikan khemah.

Berikut adalah stand bouquet dari Gabriet Florist untuk diletakkan di kiri dan kanan kerusi. Memandangkan planner yang di hire tak boleh pakai, Kaklong terpaksa menggagahkan diri mencari florist yang masih buka pada pukul 8 malam untuk mencari hiasan yang sepatutnya. Alhamdulillah, Tuhan sentiasa membantu hambaNya yang teraniaya. Biasalah janji manis Melayu, cakap awal-awal semuanya boleh, last minute pangkah...macam celaka. Sepatutnya ada mini dias, tapi akhirnya tak ada, kasihan Kaklong. Akhirnya pakai aja kerusi kayu apetahyangayahbelitu masa nak sarung cincin.


Happy Kaklong besides the stand bouquet, full of white lillies instead of white roses that she wanted, and since the florist kasihan kan Kaklong yang kena prank dengan planner yang hampeh, she get good deal (read:most florist will mark up for majlis tunang or wedding dan tak akan layan last minute request). The florist siap suka Kaklong sebab she thinks Kaklong is a very lucky girl. Supposedly, kedai tu dah tutup, tapi tak tahu macam mana on that particular day dia terasa nak tutup lewat sedikit, and when Kaklong told her the problem, she said that's okay, saya tolong awak. Since white roses tak ada banyak dalam stock, dia gantikan dengan white lillies. Lillies sangat mahal ok? And the florist also buatkan tiekan balance white roses yang she has in stock with baby breath and yellow ribbon untuk letak as centerpiece. Bunga sampai on time, pagi tu sebelum engagement.

Night before, saya dan makcik-makcik(adik beradik ayah)bertungkus-lumus membuat frosting. Since saya jadi nervous when orang ramai memehatikan saya membancuh frosting, hasilnya kurang memuaskan. Tak apalah, dah lepas pun, tapi saya tetap rasa bersalah. Ni orang-orang dapur merewang buat frosting. Haha! Sila spot dua mixer on the table, yang silver tu, my new baby...senang woh! Sambil dia mixing, sambil saya boleh tengok House..(ok, merapu!)

Clockwise : Duduk bersimpuh, Mak bibik, Me on the grey shirt(ye, saya sangat gemuk), mama (nampak baju je..haha), Achik (nampak belakang je), Kaklong (t-shirt yang dia pakai sama macam minah semalam kat Sunway..hahaha, tapi minah tu pakai boleh nampak pusat..woot woott), and last but not least duduk atas kerusi is MakTok, ayah's mother.

Sambil sapu frosting, sambil letak cuppies dalam kotak, sambil minum kopi and the gold paper bags belakang kaklong were the ones that were given to the guests. Credit to Tokyah sebab ambil gamba masa merewang ni.

Unfrosted cuppies..banyakkkannnnnn?



Frosted cuppies put in clear butterfly box.=)

Ok, since I have to go like now, engagement post will be continued:D

have fun ya'll.

Friday, May 8, 2009

Internet cari pasal.

Saya bengang nih, internet cari pasal. Satu hari if the internet tak let me down tak boleh agaknya. Dahlah tiba-tiba rasa sore throat, penat pun ye sebab dah lewat tak tidur lagi...ditambah pula dengan internet yang macam gamps...gua bengang ok...

Kaklong's engagement picture has been resized because most of the pictures size nak besar gaban..5mb lah, and kalau nak upload sure lembs macam siput.

Maka....tak dapek la nak upload pictures at the moment and Isnin nanti sahaja.....

Esok mahu balik Puchong dan berjalan bersama mereka(read:keluarga saya), sambil sambil survey barang2 yang bagus, bagai dan rasa macam nak beli barangan buat kuih.

Kaklong will be done with her internship this coming Friday and she wants me to bake some cuppies for her.
Pic will be uploaded as well =).

Sunday, May 3, 2009

Cupcake as doorgift?

Saya buat cupcake lagi...weee...ni untuk wedding gift. My friend order untuk wedding cousin dia.

Tapi nanti masa Kaklong kahwin, rasanya dia tak nak bagi door gift cupcake sebab dia kata sooooo typical. Hahaha.
Masa bertunang hari tu dah bagi dah cupcake untuk guests. Maaf banyak-banyak lah ye buat tetamu, saya dapat rasakan saya kena maki masa mereka makan cupcake itu sebab rasa dia kalau tak silap manis ya Rabbi. Sebab ni semua silap resipi...huahuahuahua. Dan saya sangat pantang buat frosting bila time ramai-ramai orang, sebab saya jadi nervous macam nak masuk pertandingan pidato peringkat kebangsaan. uh huhuhu.
Tapi kalau sekarang, saya dah berjaya majukan resipi frosting saya. Dah tak manis lagi, just nice..asewahhhhh:D

Saturday, May 2, 2009

Warna Kehidupan

Ok, title sangat exaggerating. Sangat overstating.

Taklah, saja menyibuk sebab Kaklong still can't make up her mind on the theme color nanti. I was thinking of royal purple masa reception kat rumah nanti, I always liked purple because the color is so, macam mana eh nak cakap? macam grand, something like that la, and rasa yam ice-cream yang color purple pun sangat yummy dan dreamy...(ok tak ada kena mengena, dah la nak kena diet lagi nak cerita pasal food, FATTENING FOOD sumore..)




Something like this lah, tapi bila tengok balik macam dull, maybe kena mix and match sikit color kut? Tapi rasa nak pangkah pulak color purple sebab so typical dengan wedding, but then royal purple tak kannnn?



And this is another suggestion jugak, tapi macam pink? Kaklong suka ke? Soft pink maybelah, Pink pink? Hmmm, I'm Pinking....







Semalam, masa chat dengan Kaklong, she said masa reception in Putrajaya nanti nak theme tiffany blue. Something like this.




Sweet kannnn? Memang sweet gilaaa.....

Tapikan..........

wa cakap terus terang aaa, wa memang pangkah habis warna biru (ayat remps sikitttt...hahaha). Seriously, I never liked blue. Tak caya tengok wardrobe, ada tiga pasang je baju kurung biru, tu pun sebab mama or ayah yang belikan. Dan baju tersebut sudah berusia lebih 3 atau 4 tahun. Kalau sendiri beli memang tak laaa...but turquoise is okay with me. Eh, eh, padahal bukan wedding saya punnnnnn...siapa yang nak kahwin sebenarnya pun??

Champagne Gold pula sangat cantik. I think sangat elegant and classy. Lagipun, kalau tak silap, kat Dewan Seri Endon tu macam banyak warna merah, kalau tiffany blue theme nanti macam nampak tak cant....kalau theme champagne gold memang seswaii...hak hak... but seriously kaklong, it's your choice.

But, if this is my wedding, I would go for fuschia and orange. Hot gila and sangat fun the combination of these two colors. Odd but pretty right??? I know you wanna agree with me kan?

Anyway...this is just my humble opinion je Kaklong, up to you nak pakai color apa. But please la no blue and light purple..dah macam harusss segala je these two colors ngan wedding.

p/s: sebenarnya taknak blogging, tapi rasa harus pulak, pardon me kalau rasa pening dengan entry ni.:D

Tuesday, April 21, 2009

Saturday

Last Saturday, saya dan kaklong berjalan-jalan. Kami pergi apa kata survey juruandam di sekitar Melaka. Pertamanya kami pergi ke butik pengantin yang berhampiran dengan rumah. Atas Maybank, dekat dengan kedai Uncle Chan.
Wah!! kelihatan dari luar sangat menarik. Cantik wedding dias dia. Kami pun bersungguh mendaki tangga untuk masuk ke kedai tersebut. Setibanya di sana, kami rambang mata---baju pengantin banyak sangat. Tapi bila belek-belek, indah khabar dari rupa. Tak memuaskan. Jadi kami pun tengok album gambar, bekas-bekas raja sehari yang disolek oleh mereka. Mak aiiii, putih melepak macam tepung gomak. Not naiiisseee you know!!

Jadi, saya tanya, sini ada provide tak make-up percubaan. Dan dia si penjaga kedai jawab, "huh?tak pernah dengar pun sebab selalunya tak ada orang datang untuk cuba make-up" Saya pun jawab dengan berbudi bahasa, " Oh ye ke? Selalunya, butik pengantin/juruandam provide tu semua. Almaklumlah, kita nak kahwin tak nak la tiba-tiba orang tengok kita cam tepung pulak sebab bedak terlebih. Nanti tak puas hati semua, camtu." Dia si penjaga kedai pun jawab,"Oh, tapi kat sini kit make-up kan orang semua ok. Yelah, nampaklah berubah wajah." Malas nak jawab, cuma berbisik dalam hati....: A, ah memang berubah, kat leher hitam, alih-alih muka putih kalah kapas, memangla nampak lain, dah tak ada rupa orang, rupa kuih je aku tengok"

Sebab butik tu tak best langsung, kami decide untuk pergi ke Jastina Bridal yang terletak di Plaza Mahkota. Mula-mula memang tak mahu pergi tapi ramai suggest pergi sana sebab service memang baik punya...tapi some 2cents we got, tempat sana mahal. But then again, bila sampai sana, kami dapat warmest welcome from the owner annnnddddd, package dia tak lah mahal manaaaaaaaa...just nice, within budget jugak. So we talked and we talked and kaklong will definately will come back for further discussion. The make-ups as seen from the photos sangat cantik, stands out but not overdone. Pretttyyy. Pre-wedding and post wedding photos service also available. They took pretty pictures. Adorable. Simply love it.

Hakikatnya kami malas nak survey juruandam yang lain. Hahaha.
*update arsenal cuppies with deco
view from top

angle mana-mana pun boleh tapi cambest kan?


Got another order on the day I came back to reality. The result is tadaaaa:::

view for top

angel konon-konon cambest.

Monday, April 20, 2009

Entah.

I am already back to reality. Since last night.
Ok. Semalam adalah hari yang panjang. Kronologi cerita adalah seperti berikut:

Awal pagi - dah bangun, lepak dengan Ayah dan Mama bagai. Seronok. Ajak pergi shopping-Mydin? Mak ai, jauhnya..ada ke patut untuk beli ikan bilis murah pergi sampai ke Mydin kat MiTC nun. Layankan, nak pow sikit-sikit harus la layankan. Haha. Keji sungguh saya. Dan mandi, tak mahu breakfast.

Lewat Pagi hampir tengah hari- tunggu Sujak balik, Myvi Baru Mama (MBM) dirembat olehnya untuk pergi ke dinner kerana kalau bawa kancil turbo-doww nye sangat tak glamer (oh, itu cerita rekaan semata-mata). Setelah kereta tiba, Kaklong pergi mandi bersiap segala, begitu juga Ayah dan Mama dan diri ini. Sujak tak boleh ikut sebab balik lewat. Padan muka. Apit pula tiada sebab dah kembali ke Kota Dee. Katanya buat assignment.Katanya lahhhh. Hehe. Semua yang nak pergi konon-konon Mydin dah siap bagai. Sekali daaa...........Ayah punya credit card wallet hilang. Uh-Ohhhhhhh. Kami bagaikan kerasukan mencari wallet tu. Ayah dah bongkar beg/kereta segala tak jumpa. (Note: hari Ahad cuaca amat terik). Hampir give up. Saya tak semangat nak shopping. Tiba-tiba rasa nak tolong carikan di celah-celah driver seat kereta ayah. Saya tertonggeng menonggeng 45 darjah ibarat Mas Idayu bergelek demi mencari credit card wallet yang adalah sangat berharga untuk di bawa bershopping. Ha ha ha. Sekali ada kat situ lah. Lalu dengan semangat, ku mencapai wallet tersebut dengan semangat jati diri. Dan dapat. Hajat di hati nak surprise ayah. Sambil berjogging ke pintu rumah, gaya ala-ala mintak penyepak : "Ayaaaaaahhhhhh" kataku. "Apeeeeeee?" Ayah jawab nada tekanan. "Jom shoppppppiinnng, Amex kita shopping tu, Visa platinum shopping ni, card tu card ni...." Ayah tak layan...Lalu tanya "Kat mana jumpa?" Kaklong pun sama bodek. "Eh, eh, baju ayah basah, meh Nina ambilkan baju lain ye? (sambil bongkar-bongkar almari cari baju ayah dan capai sehelai) yang ni boleh tak Ayah??" PEMBODEK. haha. Mama MIA bukan MAMMA MIA tapi Mama Missing In Action semasa proses mencari credit card wallet sebab dia sakit puyut la.

Tengah Hari sikit - Memulakan perjalankan ke Mydin. Tapi sebab jauh sangat kami ke Jusco sahaja. Yeyyyy! Pergi beli sedikit hadiah untuk Ad-diina (cousin kat Sydney birthday on the 17th) and wishes Eki Happy Birthday as that day was his birthday also. We had an eco shopping because we do our bits to save the world by not using plastic bags. Shopping di 1st floor, DVDs and pillows. G floor, provisions. Macam-macam kami beli. Best woh! Lepas tu alas perut kat Delifrance and bekejar pulang ke rumah.

Masih Tengah Hari nak ke petang- Masukkan barang segala dalam Ria untuk pulang ke realiti. Singgah ke rumah MakTok dan TokYah hantar minuman yang dipesan sejak semalam. Dengan pantas salam segala, selesai kami minta diri. Jemput si dia. Dapat coklat yey! Make a move singgah di rumah Maklong hantar kain alas dulang, jumpa Eki and dapat souvenir from Shanghai. Salam bagai, minta diri. Pecutan kuasa kuda ke KL.

Petang dan Malam-Tiba di Bukit Jalil. Tuka kereta naik kereta Si tunangan Kaklong untuk ke Low Yat. Beli Hard Disk 320GB, kaler merah woh!. Kemudian ke Times Square. Pergi ke Aldo. Kaklong beli kasut kulit babi. Sedap di pakai katanya. (Walhal baru perasan kulit babi masa dah sampai Puchong....euwww).Dinner di Chop and Steak Ship ape jadah nama tempat tu yang terletak di Kampung Baru. Makanan dia semakin sedikit, tapi catfish di bawah kapal makin gemuk. Barangkali portion untuk pelanggan dikurangkan bagi menampung selera tekak ikan tersebut! Hampeh okayyyy? Si Tunangan Kaklong belanja. Takpe next time boleh bawa mereka ke Jalan Damai atau Ayam Penyetttt ke untuk belanja mereka kembali? Selesai makan, singgah Bukit Jalil ambil Encik Naza dan kemudian hantar Kaklong ke rumah. Si dia tolong betulkan bulb toilet, tapi susah gila sebab tak tahu lah kenapa, yang pasti Si Dia sudah lencun. Selesai, kami pun pulang ke Cyberjaya.


Dan walaupun tak ada kena mengena dengan perkahwinan, highlight of the day tetap si bakal raja sehari dapat. Rujuk tulisan yang telah diperbesarkan dan dipergelapkan.

Friday, April 17, 2009

Rebah, dan berdiri kembali..

I have been constantly falling. Jatuh tergolek.

#1
Jatuh semasa berlari nak masuk kereta. Tiba-tiba je rasa makin lama makin rendah, rupa-rupanya nak jatuh rebah ke bumi. Pedih woo tapak tangan, dan crocs orange hampir pecah akibat terseret. Tapi tak mengapa croc sangat tough walaupun getah. Dia nampak, and oh i shy! Bila di tanya u nampak ke? Dia jawab, "nampak, tiba-tiba je u hilang dari pandangan mata". Ya Rabbi, sumpah aku malu oke? Memanglah diri ini bukan jenis cover cun, lemah lembut bagai..tapi itu adalah sesuatu yang memalukan...rasa macam nak jadi ostrich tanam kepala dalam tanah...huhuhu

#2
Semalam tidur lewat, tonton Bride Wars, Emma's vintage dress is sooooooooooo gorgeous ok? and Liz's hand bouquet oh so beautiful. I love the idea of flowergirls wearing blackdress, it's just pretty. Ok ok, macam ni, bila dah tidur lewat sampai pukul 5-6 pagi, kalau kena kejut bangun pergi kedai dalam keadaan mamai pasti tak seronok. Bila tak seronok saya jadi cemerkap. Dalam keadaan mamai dan geram bila ajak Apit ikut dia tamo, kereta kancil merah manual turbo-dowww dirembat untuk merempit wekk wetttttt(bunyi merempit ala-ala mat rempit di malam minggu). Drive ke kedai. Check. Sampai dengan selamat.Check. Beli santan dan cili.Check. Bayar.Check...Saje nak belek-beek surat khabar. Gedebuk. Tergolek. Kejadian disaksikan oleh seorang pakcik yang secara lintas langsungnya berkata, eh eh eh ewahhhh. Demmmmmmmmm. Memalukan. Buat muka tak reti lalu masuk dalam kereta dalam kaki yang terseliuh dan pandu ikut jalan dalam supaya tak bertembung dengan orang.

And, nak lunch dahulu kemudian akan keluar jumpa tailor dan menamatkan misi hari Sabtu untuk survey juruandam.

Later, today I guess.

Busy-BZ-bizibee

I am a busy polka bee dot.

Ok. mengarut.


Today is Friday, nak balik Melaka. Kaklong called yesterday nak ajak meronda-ronda around the world Melaka. Bukan berjalan-jalan tapi mencari tailor and mak andam. Mistila nak kena try-try dia make-up hot or not, ye lahh, siapa nak duduk di pelaminan kelihatan sepert tepung gomak?? Mau la pihak lelaki kalau tengok perempuan dah macam tepuk gomak silap-silap hari bulan tambah lagi satu extra dulang hantaran yang berisikan sekilo tepung macam mana? Ceritanya, the overly excited sister that I am and the bride-to-be herself dah tak keruan sebabnya kami rasa masa begitu singkat sahaja untuk menyiapkan persediaan menyambut menantu ketibaan BIG DAY. Al-maklumlah first lady dotter.


Walaupun 1 tahun lebih lagi, tapi siapa yang tak nak majlis sempurnakan?

Tak sabar, tak sabar...heshhhh


Now, rasa macam nak design2 baju untuk pakai time majlis tu nanti..hahaha..sungguh dasat kalahkan pengantin..



*update
dah tanya Dewan Seri Endon/Puspanita, bulan 5 next year still vacant, kalau nak booking kena cepat as this is the first come, first serve basis. Hall rental quite relevant, about RM5k-RM8k
as compare to other places around Selangor, Kuala Lumpur etc.etc. Pakai caterer mereka, they charge RM45-RM60/head and that include the red carpet, PA system, lampu limpah, lampu pentas, projektor dan tiga skrin layar yang besar. And............dia sediakan apartment 3bilik kalau buat tempahan melebihi 500 orang secara PERCUMA...yeay...*clap clap* . Additional RM1,000 for meja pengantin dan boleh sit up to 16 orang...niceeee!!! Ada 3-tier wedding cake jugakkkk..hehe


and, sekarang nak rehat sebab semalam tidur lewat siapkan cuppies kawan order..




Football theme/Arsenal for 10 years old Hakim. Supposedly ada tiang gol and orang2 bola tapi sebab this girl nak drive all the from Cyber to JB, tak berani nak letak dulu takut tiang jatuh and spoil the buttercream. She will do the finishing. yey yeyy!

Wednesday, April 15, 2009

Oh, so nervous!

Hah, it's not like I am the one getting married kan? I am pulak so nervous sekali tak tentu pasal.
Kaklong just messaged me regarding hall yang nak disewa sebab May 2010 is so soon tau, setahun lebih je lagi.

I was thinking, kalaulah mama ayah adalah billionwan (millionaire=jutawan, billionaire=billionwan geddit?), tanpa memikir panjang akan ku suruh buat wedding reception di Palace of Golden Horses, dengan tema dari kayangan. Wedding dias a.k.a pelamin macam bentuk sangkar siap ada pintu emas, lepas tu ada banyak burung merpati putih, lepas tu kerawang-kerawang emas melingkari keliling pentas pelaminan, fresh flowers preferably turbaroses (bunga harum sundal malam), white roses with some red roses hint, lilies and lots of baby breath.

And when the bride and groom making the entrance, before them ada little flowergirls pakai fairy dresses with magic wand on the left or right hand depends on which side they are in line with a basket with roses on another hand, ah so-cute! and the ring-bearer boys with white tux(instead of bawak ring, bawak dozens of roses untuk pass kat groom bagi kat bride...suwitt kan?i knoww....).Then ada bridesmaid and groomsmen and maid of honour and best man...awwww! dreamy...Then only comes the bride-and-groom, time tu keluar asap-asap(don't worry bukan asap fogging tu) and the walk together to the dias. lebih kurang la macam tu. And the bride's dress would be simple white made from satin and french lace, and with hair-band type tiara with real diamond and very long veil just like Mariah Carey's tu.

Lepas tu masa dah duduk kat dias, no tepung tawar, sebab every guest will be given favours. Tepung-tepung tawar just buang masa. Time tu adalah sikit-sikit tayangan gambar masa merisik, bertunang, nikah..ha macam tu la, and a little bit briefing. Lepas tu bride and groom pergi kat meja makan............................


oh, shut up!!! ni adalah anganan belaka.Tak mampu nak fulfill itu semua.ha ha ha

oke, sebenarnya dah buntu sebab supposedly nak buat nikah kat rumah, reception both side pun dekat rumah. But ayah requested nak buat another reception kat KL, preferably somewhere kat putrajaya ke?

So we were thinking, buat kat Dewan Seri Endon/Puspanita since tempat tu macam dekat and senang nak pergi and tandas pun tak jauh sangat dari dewan, so senang untuk sesiapa yang immobile nak ke tandas. And one more thing this hall can cater up to 900 guests. ramaikan??
Other halls most can cater up to 400 kut if not mistaken.

Lepas tu, sebenarnya nak kena survey tapi tak survey lagi, damn it. Dan ewah, I pulak yang busy neh, padahal assignment berkati-kati tak tersiap..

Ok, Ok stop now, siapkan assignment lepas tu sibukkan lah diri fikir benda alah ni. hehe.

Tuesday, April 14, 2009

1st Entry

This blog is specially dedicated to my beloved sister, Nina a.k.a Kaklong.
She is my eldest and only sister. Andddddddddddddddddd, she is getting married, yeay!
She's getting married to a man he loves dearly since the past 6 or 7 years I guess?

Anyways, this is just a warming up entry, and more to come.
I am so so so so excited that she's getting married.
Supposedly, this blog should make it's grand entrance long before Kaklong got engaged, so sorry I just couldn't find the best time to get started.

And for now, I'm signing off sebab nak pergi test.....

more to come, more to come...no worries....