Friday, July 17, 2009

SILA MENGUCAP PANJANG.

Sila mengucap panjang baca entry ni.

Kawan baik saya, ZZZ, dia sangat baik dan sangat patuh. Belajar pun pandai. Tapi tertekan dengan kerenah mak dia. Kitorang sekolah sama dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Habis SPM masing-masing apply masuk MMU, sebelum result enrolment dapat, kitorang dapat offer form6. Bila result enrolment keluar, both of us dapat MMU, tapi mak dia suruh continue dengan form6. Dengar cakap mak dia pun ikut je walau x suka. Bila dah berkawan, dan ada boyfriend, standard la main cinta-cinta, lepas tu bila stress rasa nak telan ubat, bunuh diri. Nyawa masih panjang, sempat bawa ke hospital dan pam keluar ubat. Sedar-sedar, mak dia cakap, "I know you are pregnant". Padahal time tu dia masih suci. Bayangkan dia cuma nak perhatian tapi kena keji macam tu. Siapa yang tak terasa. Sayu dengan cerita dia time tu.

Bila dah jadi macam tu, terus dia pindah ke negeri S untuk duduk dengan auntie dia, bagi dia tak ada guna duduk rumah kat BB kalau mak dia dah tak sayang dia. Kalau tengok keadaan dia, secara zahir sangatlah lengkap, batiniah, tak seorang pun mengerti. Mak dan ayah dia walaupun status mereka masih suami dan isteri, tapi mereka jarang bersua muka. Anak-anak seperti kehilangan induk tempat mereka bergantung, makanya, ZZZ sebagai yang sulung mengambil alih tugas sebagai ibu dan bapa, lepas habis sekolah masak untuk adik-adik. Ya Allah, aku pun tak sanggup buat macam tu, dengan nak hadap ulangkaji sekolah lagi. Penat tau.

Ok, back tu pindah ke negeri S, dia pun rasa macam secure duduk sana. Lama-kelamaan macam hanyut. Makcik duduk kat sana tak kisah, siap ajar dress up jadi anggun, pakai heels, handbag dan mekap bagai. Duduk kat sana pun bela jugak anjing beberapa ekor. Tak pasti status akidah dia, diamkan saja.

Jadi ada this one time, dia ajak jumpa di sebuah restoran makanan segera, jadi jumpalah dia. Kebetulan diri tengah dilanda masalah peribadi. Dekat dia la aku mengadu nasib. Tak nafikan dia seorang kawan yang baik. Lepas mengadu sayu, kami bercerita pula tentang masing-masing setelah 2-3tahun x jumpa. Dia kata dia ada boyfriend mat saleh, seorang pemuzik dari negara K. bercinta melalui internet, akhirnya dia di lamar. Aku sentap, mat saleh tu siap kirim duit ke ape tah cari cincin tunang, and tak sampai berapa lama aku dengan dia dah fly ke negara K. Dia dah ada dengan mat saleh tu.

Berapa lama lepas tu, dia pregnant. Belum kahwin, masa nak dekat due date, diorang nikah, freestyle, tak tanya agama masing-masing, jadi proses kahwin mudah, dan kelihatan sangat enteng. Tak pasti apa yang bermain di fikiran dia. Aku jauh sangat kat bumi Malaysia, mana mungkin mampu nak tarik dia kembali. Dia kata semua lancar and whatever lah. Sampat pregnant 2nd child, and anak dia yang nombor dua sekarang dah almost 6 bulan kut.

Lama tak bual dengan dia, sebab dengarnya dia sibuk pindah rumah. Tiba-tiba dia PM, dia cakap nak bagitahu something, found the light, the answers to my questions, I came to christ, my life is all His and I asked are u converting and she answered done that, oh boy, u won't believe everything that i had experienced since coming to Him...the love n peace...beautiful! ada banyak lagi dia argue tapi dah berpinar bijik mata aku nak membaca. Ya ALLAH, kawan baik aku dah KRISTIAN!!!

Kita perlukan doa semua, supaya hati dia terbuka luas untuk terima hidayah dari ALLAH S.W.T. .

Monday, July 6, 2009

LAMANYAAA....

Like ohemgee, lama tak masuk blogging, sampai dah berhabuk dah!
Almaklumlah, lepas final haritu terus fly ke UK. Spend almost 2 minggu and balik sini je, dua-tiga hari lepas tu buat BBQ, lepas tu start kelas. Bila dah start kelas, faham-fahamlah dengan nak registernya, dengan masalah kat FOM semua-semua lah komplit. and insyaAllah this is going to be my final trimester kat MMU. Rasa macam forever je belajar kat sini, tapi best pe?

Anyway, rasa macam nak cont engagement part 2 tapi relax2 dulu..hahaha, bukan pe internet lately lembs cam kura-kura. TMNET jadi TMNUT lah. Hahaha. Entry ni kira macam entry warming up panaskan enjin nak cari mood berblogging. Hehe.

Ciao for now baybee!