Saturday, January 2, 2010

hello2010!

hello world!
it's been awhile since the last entry. haha!
too many things to catch up and to be settled, so many things to blog about. tapi due to time constraint and some issues, terpaksa tinggalkan blogger kejap, eh lama....

anyway just want to wish happy new year and insyaAllah i'll find time to blog on my sister's journey to her big day. yeayyyy!

Friday, July 17, 2009

SILA MENGUCAP PANJANG.

Sila mengucap panjang baca entry ni.

Kawan baik saya, ZZZ, dia sangat baik dan sangat patuh. Belajar pun pandai. Tapi tertekan dengan kerenah mak dia. Kitorang sekolah sama dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Habis SPM masing-masing apply masuk MMU, sebelum result enrolment dapat, kitorang dapat offer form6. Bila result enrolment keluar, both of us dapat MMU, tapi mak dia suruh continue dengan form6. Dengar cakap mak dia pun ikut je walau x suka. Bila dah berkawan, dan ada boyfriend, standard la main cinta-cinta, lepas tu bila stress rasa nak telan ubat, bunuh diri. Nyawa masih panjang, sempat bawa ke hospital dan pam keluar ubat. Sedar-sedar, mak dia cakap, "I know you are pregnant". Padahal time tu dia masih suci. Bayangkan dia cuma nak perhatian tapi kena keji macam tu. Siapa yang tak terasa. Sayu dengan cerita dia time tu.

Bila dah jadi macam tu, terus dia pindah ke negeri S untuk duduk dengan auntie dia, bagi dia tak ada guna duduk rumah kat BB kalau mak dia dah tak sayang dia. Kalau tengok keadaan dia, secara zahir sangatlah lengkap, batiniah, tak seorang pun mengerti. Mak dan ayah dia walaupun status mereka masih suami dan isteri, tapi mereka jarang bersua muka. Anak-anak seperti kehilangan induk tempat mereka bergantung, makanya, ZZZ sebagai yang sulung mengambil alih tugas sebagai ibu dan bapa, lepas habis sekolah masak untuk adik-adik. Ya Allah, aku pun tak sanggup buat macam tu, dengan nak hadap ulangkaji sekolah lagi. Penat tau.

Ok, back tu pindah ke negeri S, dia pun rasa macam secure duduk sana. Lama-kelamaan macam hanyut. Makcik duduk kat sana tak kisah, siap ajar dress up jadi anggun, pakai heels, handbag dan mekap bagai. Duduk kat sana pun bela jugak anjing beberapa ekor. Tak pasti status akidah dia, diamkan saja.

Jadi ada this one time, dia ajak jumpa di sebuah restoran makanan segera, jadi jumpalah dia. Kebetulan diri tengah dilanda masalah peribadi. Dekat dia la aku mengadu nasib. Tak nafikan dia seorang kawan yang baik. Lepas mengadu sayu, kami bercerita pula tentang masing-masing setelah 2-3tahun x jumpa. Dia kata dia ada boyfriend mat saleh, seorang pemuzik dari negara K. bercinta melalui internet, akhirnya dia di lamar. Aku sentap, mat saleh tu siap kirim duit ke ape tah cari cincin tunang, and tak sampai berapa lama aku dengan dia dah fly ke negara K. Dia dah ada dengan mat saleh tu.

Berapa lama lepas tu, dia pregnant. Belum kahwin, masa nak dekat due date, diorang nikah, freestyle, tak tanya agama masing-masing, jadi proses kahwin mudah, dan kelihatan sangat enteng. Tak pasti apa yang bermain di fikiran dia. Aku jauh sangat kat bumi Malaysia, mana mungkin mampu nak tarik dia kembali. Dia kata semua lancar and whatever lah. Sampat pregnant 2nd child, and anak dia yang nombor dua sekarang dah almost 6 bulan kut.

Lama tak bual dengan dia, sebab dengarnya dia sibuk pindah rumah. Tiba-tiba dia PM, dia cakap nak bagitahu something, found the light, the answers to my questions, I came to christ, my life is all His and I asked are u converting and she answered done that, oh boy, u won't believe everything that i had experienced since coming to Him...the love n peace...beautiful! ada banyak lagi dia argue tapi dah berpinar bijik mata aku nak membaca. Ya ALLAH, kawan baik aku dah KRISTIAN!!!

Kita perlukan doa semua, supaya hati dia terbuka luas untuk terima hidayah dari ALLAH S.W.T. .

Monday, July 6, 2009

LAMANYAAA....

Like ohemgee, lama tak masuk blogging, sampai dah berhabuk dah!
Almaklumlah, lepas final haritu terus fly ke UK. Spend almost 2 minggu and balik sini je, dua-tiga hari lepas tu buat BBQ, lepas tu start kelas. Bila dah start kelas, faham-fahamlah dengan nak registernya, dengan masalah kat FOM semua-semua lah komplit. and insyaAllah this is going to be my final trimester kat MMU. Rasa macam forever je belajar kat sini, tapi best pe?

Anyway, rasa macam nak cont engagement part 2 tapi relax2 dulu..hahaha, bukan pe internet lately lembs cam kura-kura. TMNET jadi TMNUT lah. Hahaha. Entry ni kira macam entry warming up panaskan enjin nak cari mood berblogging. Hehe.

Ciao for now baybee!

Monday, May 25, 2009

I wanna wanna wannnaaa...

I so wanna continue with the engagement part II, but due to time constrain, final exams......x dapek la nak blog blog nehh. Aduiiiyaiii. Sabar..sabar...two more to go, then I'll be done.

Berdoa je la agar boleh update blog kat UK nanti, because a day right after my last paper, me and my family will be off to London baybee for holiday. Sambil sambil jalan boleh survey anything niceeee for the wedding..theee hee..

Maksu don't miss me so much k? I miss u too, and adik-adik:D

Monday, May 18, 2009

Engagement Part I

So, this is the engagement entry.
That 6th December 2008 morning, saudara-mara jauh dan dekat ramai-ramai datang untuk meraikan Kaklong punya majlis. Orang ramai dah datang, tapi saya belum bersiap (cheh..bajet saya pulak yang bertunang..har har). Alasan orang dah datang tapi saya tak siap-siap lagi sebab tengah sibuk buat triffle, last minute buat woh! Kelam kelibut!
Anyway, ayah dah siap-siap setting camera. Kami tak hire photog memandangkan men in our family (read:ayah, Shujak, Apit) have DSLR each and they took good photos so why bother spending money on photog. Even Tokyah saya pun ada serious compact. Dan semua yang hadir kebanyakan bawa camera. So da habis majlis, keluarkan laptop dan passport WD, terus copy dan save gambar, kalau kabur edit. Senang je kan? :P Dan hasilnya dapat banyak-banyak-banyak gila gambar kan.

Sementara tunggu pihak lelaki sampai, kami buatlah last minute touchup. Lihat gambar bawah, ayah sibuk setup his toy (read:camera favourite!!)


Dalam sibuk-sibuk setup camera with the tripod, tiba-tiba datang si kenit Zalia Raihana (tak tahu exact spelling, tapi kalau sebut betul lah tu. She is my father's cousin's daughter, kiranya my second cousin lah!) Dia pun nak ambil gambar jugakk!! Tapi yang kelakar sangat, dia ambil gambar pakai tripod! hahahahahahhahah




Sepatutnya sini ada gambar gossip girls, tapi rasanya tak payah lah letak. Nanti keluar akhbar harian metro pula. Hahhahahhahhaha.
Next, inilah gambar Tokyah saya yang sedang mengambil gambar. Sangat banyak camera sampai gambar Tokyah yang sedang ambil gambar pun ada. Look, Tokyah's toy. His serious compact.:D



Dan, jika rujuk entry pre-engagement tentang centrepiece meja, inilah dia. For me, sangat simple dan classy. Not too exagerate for an engagement ceremony. Love the baby breath.

Cukup bercerita tentang apa yang sedang berlaku di hall dan halaman rumah.
Masuk dalam bilik pula. Kaklong sedang bersiap-siap disolekkan oleh Abang Don.
Hair-do.

Mama is helping out Kaklong to put on her brooch.
(Apesal muka cam tak reti senyum neh?)


Final touch from Abang Don.


Putting on ear rings, kutt? Takkan korek telinga dah pakai baju santek-santek neh!hakhak!!



Maktok helping Kaklong putting on more accesories :D

More pictures in Part II.


Wednesday, May 13, 2009

Playing with new toy on the lappie:D

Just downloaded a new software, and software itu menjadikan saya sangat teruja, lalu berplay around dengannya maka jadilah......................banner di atas..hahahaha!

From time to time, banner akan di tukar ikut mood.

Mood sekarang adalah mood bubbly bear, so jadilah banner kat atas.

And, sekarang susah nak blog tentang engagement part II sebab internet connection sak! Cuma boleh pakai software dan buat banner dan upload it sahaja. Untuk upload gambar tunang asik ada trouble.

Jadi esok saja.

Monday, May 11, 2009

Pre-Engagement

As promiseddd...
Kaklong's Engagement, theme chosen was pale green, pale yellow and off-white. Something like the combination of these flowers :D


When I got back from Cyberjaya, orang-orang pasang khemah ada dah sibuk-sibuk memasang khemah.



View dari hall, candid mereka bertungkus lumus mendirikan khemah.

Berikut adalah stand bouquet dari Gabriet Florist untuk diletakkan di kiri dan kanan kerusi. Memandangkan planner yang di hire tak boleh pakai, Kaklong terpaksa menggagahkan diri mencari florist yang masih buka pada pukul 8 malam untuk mencari hiasan yang sepatutnya. Alhamdulillah, Tuhan sentiasa membantu hambaNya yang teraniaya. Biasalah janji manis Melayu, cakap awal-awal semuanya boleh, last minute pangkah...macam celaka. Sepatutnya ada mini dias, tapi akhirnya tak ada, kasihan Kaklong. Akhirnya pakai aja kerusi kayu apetahyangayahbelitu masa nak sarung cincin.


Happy Kaklong besides the stand bouquet, full of white lillies instead of white roses that she wanted, and since the florist kasihan kan Kaklong yang kena prank dengan planner yang hampeh, she get good deal (read:most florist will mark up for majlis tunang or wedding dan tak akan layan last minute request). The florist siap suka Kaklong sebab she thinks Kaklong is a very lucky girl. Supposedly, kedai tu dah tutup, tapi tak tahu macam mana on that particular day dia terasa nak tutup lewat sedikit, and when Kaklong told her the problem, she said that's okay, saya tolong awak. Since white roses tak ada banyak dalam stock, dia gantikan dengan white lillies. Lillies sangat mahal ok? And the florist also buatkan tiekan balance white roses yang she has in stock with baby breath and yellow ribbon untuk letak as centerpiece. Bunga sampai on time, pagi tu sebelum engagement.

Night before, saya dan makcik-makcik(adik beradik ayah)bertungkus-lumus membuat frosting. Since saya jadi nervous when orang ramai memehatikan saya membancuh frosting, hasilnya kurang memuaskan. Tak apalah, dah lepas pun, tapi saya tetap rasa bersalah. Ni orang-orang dapur merewang buat frosting. Haha! Sila spot dua mixer on the table, yang silver tu, my new baby...senang woh! Sambil dia mixing, sambil saya boleh tengok House..(ok, merapu!)

Clockwise : Duduk bersimpuh, Mak bibik, Me on the grey shirt(ye, saya sangat gemuk), mama (nampak baju je..haha), Achik (nampak belakang je), Kaklong (t-shirt yang dia pakai sama macam minah semalam kat Sunway..hahaha, tapi minah tu pakai boleh nampak pusat..woot woott), and last but not least duduk atas kerusi is MakTok, ayah's mother.

Sambil sapu frosting, sambil letak cuppies dalam kotak, sambil minum kopi and the gold paper bags belakang kaklong were the ones that were given to the guests. Credit to Tokyah sebab ambil gamba masa merewang ni.

Unfrosted cuppies..banyakkkannnnnn?



Frosted cuppies put in clear butterfly box.=)

Ok, since I have to go like now, engagement post will be continued:D

have fun ya'll.