Monday, April 20, 2009

Entah.

I am already back to reality. Since last night.
Ok. Semalam adalah hari yang panjang. Kronologi cerita adalah seperti berikut:

Awal pagi - dah bangun, lepak dengan Ayah dan Mama bagai. Seronok. Ajak pergi shopping-Mydin? Mak ai, jauhnya..ada ke patut untuk beli ikan bilis murah pergi sampai ke Mydin kat MiTC nun. Layankan, nak pow sikit-sikit harus la layankan. Haha. Keji sungguh saya. Dan mandi, tak mahu breakfast.

Lewat Pagi hampir tengah hari- tunggu Sujak balik, Myvi Baru Mama (MBM) dirembat olehnya untuk pergi ke dinner kerana kalau bawa kancil turbo-doww nye sangat tak glamer (oh, itu cerita rekaan semata-mata). Setelah kereta tiba, Kaklong pergi mandi bersiap segala, begitu juga Ayah dan Mama dan diri ini. Sujak tak boleh ikut sebab balik lewat. Padan muka. Apit pula tiada sebab dah kembali ke Kota Dee. Katanya buat assignment.Katanya lahhhh. Hehe. Semua yang nak pergi konon-konon Mydin dah siap bagai. Sekali daaa...........Ayah punya credit card wallet hilang. Uh-Ohhhhhhh. Kami bagaikan kerasukan mencari wallet tu. Ayah dah bongkar beg/kereta segala tak jumpa. (Note: hari Ahad cuaca amat terik). Hampir give up. Saya tak semangat nak shopping. Tiba-tiba rasa nak tolong carikan di celah-celah driver seat kereta ayah. Saya tertonggeng menonggeng 45 darjah ibarat Mas Idayu bergelek demi mencari credit card wallet yang adalah sangat berharga untuk di bawa bershopping. Ha ha ha. Sekali ada kat situ lah. Lalu dengan semangat, ku mencapai wallet tersebut dengan semangat jati diri. Dan dapat. Hajat di hati nak surprise ayah. Sambil berjogging ke pintu rumah, gaya ala-ala mintak penyepak : "Ayaaaaaahhhhhh" kataku. "Apeeeeeee?" Ayah jawab nada tekanan. "Jom shoppppppiinnng, Amex kita shopping tu, Visa platinum shopping ni, card tu card ni...." Ayah tak layan...Lalu tanya "Kat mana jumpa?" Kaklong pun sama bodek. "Eh, eh, baju ayah basah, meh Nina ambilkan baju lain ye? (sambil bongkar-bongkar almari cari baju ayah dan capai sehelai) yang ni boleh tak Ayah??" PEMBODEK. haha. Mama MIA bukan MAMMA MIA tapi Mama Missing In Action semasa proses mencari credit card wallet sebab dia sakit puyut la.

Tengah Hari sikit - Memulakan perjalankan ke Mydin. Tapi sebab jauh sangat kami ke Jusco sahaja. Yeyyyy! Pergi beli sedikit hadiah untuk Ad-diina (cousin kat Sydney birthday on the 17th) and wishes Eki Happy Birthday as that day was his birthday also. We had an eco shopping because we do our bits to save the world by not using plastic bags. Shopping di 1st floor, DVDs and pillows. G floor, provisions. Macam-macam kami beli. Best woh! Lepas tu alas perut kat Delifrance and bekejar pulang ke rumah.

Masih Tengah Hari nak ke petang- Masukkan barang segala dalam Ria untuk pulang ke realiti. Singgah ke rumah MakTok dan TokYah hantar minuman yang dipesan sejak semalam. Dengan pantas salam segala, selesai kami minta diri. Jemput si dia. Dapat coklat yey! Make a move singgah di rumah Maklong hantar kain alas dulang, jumpa Eki and dapat souvenir from Shanghai. Salam bagai, minta diri. Pecutan kuasa kuda ke KL.

Petang dan Malam-Tiba di Bukit Jalil. Tuka kereta naik kereta Si tunangan Kaklong untuk ke Low Yat. Beli Hard Disk 320GB, kaler merah woh!. Kemudian ke Times Square. Pergi ke Aldo. Kaklong beli kasut kulit babi. Sedap di pakai katanya. (Walhal baru perasan kulit babi masa dah sampai Puchong....euwww).Dinner di Chop and Steak Ship ape jadah nama tempat tu yang terletak di Kampung Baru. Makanan dia semakin sedikit, tapi catfish di bawah kapal makin gemuk. Barangkali portion untuk pelanggan dikurangkan bagi menampung selera tekak ikan tersebut! Hampeh okayyyy? Si Tunangan Kaklong belanja. Takpe next time boleh bawa mereka ke Jalan Damai atau Ayam Penyetttt ke untuk belanja mereka kembali? Selesai makan, singgah Bukit Jalil ambil Encik Naza dan kemudian hantar Kaklong ke rumah. Si dia tolong betulkan bulb toilet, tapi susah gila sebab tak tahu lah kenapa, yang pasti Si Dia sudah lencun. Selesai, kami pun pulang ke Cyberjaya.


Dan walaupun tak ada kena mengena dengan perkahwinan, highlight of the day tetap si bakal raja sehari dapat. Rujuk tulisan yang telah diperbesarkan dan dipergelapkan.

No comments:

Post a Comment